Hatiku berdegup.Aduhai! Boleh meletup mata kalau asyik memandang jejaka tampan itu. Rendah betul darjatku sekiranya hendak dipasangkan dengannya.
Bayang-bayangnya hilang. Aku berpaling melihatnya, Ah! Berangan sahaja sekiranya menunggu dia berpaling ke arah ku. Siapalah mahukan seorang gadis nerd? Dahlah selekeh, miskin, bermata empat, tak pandai pulak tuh. Berangan jelah kalau nakkan jejaka itu sebagai boyfriend.
Namaku Nurul Lisa Hara Binti Arib Arif. Umur aku? Itu tidak penting.
Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan gadis tercantik di kolej ini iaitu Raja Zahra Binti Tan Sri Zikri, diminati dan disukai ramai.
Oh! Aku sedang melanjutkan pelajaran. Salah seorang mahasiswi Daug Helson di Kanada. Dah 4 tahun aku belajar di sini tapi tak ada seorang pun yang mengenaliku. Jeejaka itu? Angan-angan jenin je, namanya Putra Danish Bin Tengku Alif. Kacak bukan?
Aku masuk ke dalam dewan kuliah yang serba indah dan luas. Hati tersental apabila melihat mejaku diletakkan bersebelahan meja Putra Danish. Putra Danish pula sedang khusyuk membaca bukunya. Aku berjalan menuju mejaku. Entah bagaimana, aku terjatuh. Dah itu, benar-benar di hadapan Putra Danish.
Ketawa menggilai Raja Zahra kedengaran.
Putra Danish bukan main terkejut. Matanya terbeliak dengan sebesar-besarnya, spek mata tebalku yang terjatuh dipijak oleh Zahra. Aku semakin berang tapi buat apa ingin bergaduh? Kecoh pula nanti.
Aku menggosok-gosok kepalaku. Aduhai! Aku rasa tidak larat ingin berdiri. Kakiku sakit, hatiku lagi sakit.
Tiba-tiba
No comments:
Post a Comment